Saturday, March 14, 2009

BATASAN BERSENDA GURAU...

Salam Blogger...kali ni rasa berminat je nak share dengan korang pasal gurau-gurau ni. Kadang-kadang kita biasa je berguaru dalam kehidupan seharian ni contohnya macam budak-budak umah sewa no 41 ni...bab gurau ni memang tak boleh miss la dalam kehidupan diorang. Ada je idea-idea kreatif & kritis untuk bergurau. Memang Vvvaaahhh! Kuuiiick2x!

Gurauan atau bergurau bermaksud percakapan secara bermain-main, bersenda, berjenaka, berkelakar atau berolok-olok. Antara sebab kita bergurau adalah untuk mengembirakan hati orang atau untuk membuat orang ketawa.

Sesungguhnya gurau senda itu sesuatu yang diharuskan dalam Islam kerana naluri dan fitrah manusia memerlukan hiburan untuk memperolehi kesejahteraan, ketenangan dan terlepas daripada keresahan dan ketegangan.

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menjadi ikutan kita juga pernah bergurau dan hidup bersama sahabat-sahabat Baginda dengan kehidupan fitrah yang biasa. Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam ketawa, bergurau senda dengan sahabat-sahabat Baginda sepertimana Baginda berkongsi kesedihan, kesusahan dan musibah.

Cuba kita lihat antara senda gurauan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, seperti hadits yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dalam kitab as-Syamail:

Maksudnya: Al-Hassan telah berkata: “Seorang perempuan tua telah datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu bersabda: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah supaya aku dapat masuk syurga.

Maka Rasulullah bersabda: “Wahai Ibu Fulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga.

Al-Hassan berkata (menceritakan): Lalu menangislah si perempuan tua itu.

Maka dengan segera Rasulullah bersabda: Katakan kepada perempuan itu, bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua. Lalu dibacakan firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa dara ( yang tidak pernah disentuh ), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.”

( Hadits riwayat at-Tirmidzi )

Dalam senda gurauan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang lain lagi ialah seperti yang diriwayatkan daripada ’Anas Radhiallahu ‘anhu oleh Imam at-Tirmidzi
Di dalam hadits ini Rasulullullah memanggil ‘Anas Radhiallahu ‘anhu dengan “dua telinga” bermaksud orang yang mendengar dengan bersungguh-sungguh dan memberi perhatian apa yang dicakapkan kepadanya.

Dari kisah-kisah ini dapat kita lihat bagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bergurau tetapi dalam perkara yang benar (bukan perkara yang dusta). Bahkan ia adalah disunatkan untuk menyenangkan hati orang lain.

Walaubagaimanapun Islam melarang kita daripada bergurau senda yang berlebihan atau bergurau terhadap perkara yang sia-sia kerana gurauan itu boleh membuatkan orang ketawa berlebihan dan boleh menyebabkan keras hati serta melalaikan daripada berdzikir mengingati Allah. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam berpesan
Maksudnya: “Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati”.

( Hadits riwayat at-Tirmidzi )

Jadi, walaupun bergurau senda dibolehkan oleh syara‘, namun terdapat batasan atau syarat-syarat yang harus dijaga supaya kita tidak berlebihan dalam bergurau.

1 comment: