Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan 1430


Assalamualaikum…


Berlalu sudah bulan Syaaban, kini menjelma bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kali ini adalah kali kedua aku berpose di baglo 3 tgkt Tmn Bernam. Masih teringat lg sewaktu pertama kali berpose…stp petang je mesti pegi kat bazaar ramadhan. Duk beli ayam percik. Tu belum campur lg yg kwn2 lain beli. Macam2 ada…malas la nak sebut kat sini takut terliur plak. Kurus pahala pose aku ni…hehe!


Dikesempatan bulan yang penuh keberkatan ini aku ingin minta maaf atas salah silap yg aku buat samada sengaja, disengaja @ tersengaja…aku tau ak ni budak nakal & jahat ckit la. Selalu nak kenakan org…tp nak buat cmne tu hobi aku..hehe! Anyway, ni la kali terakhir aku untuk berpose, berbuke, bertarawih & bersahur dgn kawan2 di Tg. Malim ni.


Aku juga nak ucapkan Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka, Selamat Bertarawih & Selamat Bersahur kpd keluarga aku di Tanggol Village, bdk umah aku ~agil, mat, jeril, ikmal, nuar, pacan & jehan(ikut urutan yg tua br afdal)hehe! + zuba & naz(penyewa tetap), para pensyarah & student BnK, geng2 umah sewa tmn bernam & tmn malim, bdk2 kolej samada kuo, khar, kz & kab yg kenal sape aku. Yg x kenal pn buat2 la kenal…huhu!


p/s: umah sape nk jd venue bukak pose tahun ni??? Umah kat taman malim ke taman bernam??? Menu bincang kemudian…lg bgus klau de sponser…hahaha!


Pose tau, Jgn x pose!!!

10 ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH


Disaring dari kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
Karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,

iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.

vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.


Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei].