Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan 1430


Assalamualaikum…


Berlalu sudah bulan Syaaban, kini menjelma bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kali ini adalah kali kedua aku berpose di baglo 3 tgkt Tmn Bernam. Masih teringat lg sewaktu pertama kali berpose…stp petang je mesti pegi kat bazaar ramadhan. Duk beli ayam percik. Tu belum campur lg yg kwn2 lain beli. Macam2 ada…malas la nak sebut kat sini takut terliur plak. Kurus pahala pose aku ni…hehe!


Dikesempatan bulan yang penuh keberkatan ini aku ingin minta maaf atas salah silap yg aku buat samada sengaja, disengaja @ tersengaja…aku tau ak ni budak nakal & jahat ckit la. Selalu nak kenakan org…tp nak buat cmne tu hobi aku..hehe! Anyway, ni la kali terakhir aku untuk berpose, berbuke, bertarawih & bersahur dgn kawan2 di Tg. Malim ni.


Aku juga nak ucapkan Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka, Selamat Bertarawih & Selamat Bersahur kpd keluarga aku di Tanggol Village, bdk umah aku ~agil, mat, jeril, ikmal, nuar, pacan & jehan(ikut urutan yg tua br afdal)hehe! + zuba & naz(penyewa tetap), para pensyarah & student BnK, geng2 umah sewa tmn bernam & tmn malim, bdk2 kolej samada kuo, khar, kz & kab yg kenal sape aku. Yg x kenal pn buat2 la kenal…huhu!


p/s: umah sape nk jd venue bukak pose tahun ni??? Umah kat taman malim ke taman bernam??? Menu bincang kemudian…lg bgus klau de sponser…hahaha!


Pose tau, Jgn x pose!!!

10 ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH


Disaring dari kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
Karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,

iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.

vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.


Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei].

Sunday, July 5, 2009

Seloka 7 Budak Hitam Buat Kawan2


Tujuh budak hitam,

Pakat nak naik jadi menteri,

Seorang jadi pemimpin bestari,

Tinggal lagi enam…


Enam budak hitam

Dapat rezeki banyak duit,

Sorang suka gi derma,

Tinggal lagi Lima...


Lima budak hitam,

Lima-lima banyak cakap,

Sorang suka zikir pada tuhan,

Tinggal lagi Empat...


Empat budak hitam,

Suka iktikaf dekat masjid,

Tiga orang tak tahan,

Tinggal kawan diorg sorang2...


Tiga budak hitam,

Bagi sedekah dekat orang,

Dua declare kat media,

Yang sorang wat diam-diam...


Dua budak hitam,

Suka lawat kawan-kawan,

Niat hati untuk Allah,

Jumpa pisah untuk Islam...


Tinggal sorang budak hitam,

Awek cun rayu buat macam-macam,

Tapi iman punya pasal,

Buat rileks tak nak layan…


Tujuh budak hitam,

Nabi Muhammad SAW dah pesan,

Allah akan lindungi korang,

Tak kira la putih hitam…:D


7 golongan akan dinaungi di bawah panji-panji Allah saat tak ada lagi naungan di akhirat nanti:,

Yang pertama, para pemimpin yang bijaksana.

Kedua, para pemuda yang giat berderma.

Ketiga, orang yang mengalir deras air matanya saat berdzikir akan Tuhannya.

Keempat, para penghuni masjid yang bertakwa.

Kelima, para dermawan yang merahasiakan dermanya.

Keenam,sepasang sahabat yang selalu setia, bertemu dan berpisah hanya karena agama.

Ketujuh, para pemuda yang kuat imannya untuk menolak rayuan wanita jelita.

Saturday, July 4, 2009

”Alkisah 6 Budak Hitam”


Pada zaman baru2 ni, ada 6 org budak hitam. Mereka ni masing2 sorg dr khar, 2 org dr tmn bernam, 2 org dr tmn malim & sorg dr kab. Entah macam mana diorg ni ketemu dan bersidang utk membuat suatu aktiviti. Mungkin sebab bosan time cuti...nak keje x layak, nak wat bisnes x pitih. Adus kesian btol la. Hari2 diorg ni naik moto ke sana ke mari. Entah apa yg di cari pn x pasti. Tgh malam pula duk lepak umah sana umah sini. Tgk pada gaya mcm diorg ni pikir something je...tgk pada kerutan dahi pula mcm big problem. Kesian btol kat diorg ni.


Dah 2 hari buat sesi kelompok pn x setel lg masalah. Rupe2nye diorg ni dapat jemputan undangan perkahwinan anak manakan Tok Pasir Mas yg tletak di empayar klate.(mcm tu la lbh krgnye...) patut la 6 org bdk hitam ni duduk x senang. Memenuhi undangan perkahwinan ni hukumnya wajib.tibe2 terpikir la slh sorg drp 6 org bdk hitam ni ”kalau kita x pi mjls kahwin ni nnt dia x pi mjls kahwin kita pulak”....hm, btol jugak tu.


Lantaran drp kata2 itu, maka mereka pn berazam dgn semangat juang yg tinggi untuk memenuhi undangan tersebut. Tapi untuk memenuhi undangan tu mereka memerlukan knderaan untuk ke destinasi tersebut. Kalau jalan kaki akhir tahun 2009 br sampai kat sana. Adus???! bgmana seh?....nak terbang xde sayap. Mjlis tu akn terjadi esok hari. Cepat betul masa berlalu....sampai mereka pun x sedar. So mereka kena pantas untuk mendahului masa.

Mereka pun memulakan pencarian kereta sewa untuk ke destinasi tersebut. Masa ni 5 org je bdk hitam yg tlibat dlm pencarian ni sbb 1 lg kene kurung kat pjbt kolej. Ntah ape la yg sorg ni...5 org bdk hitam ni pun memulakan langkah mereka. Bak potongan lirik lagu ni:,

”Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki”


Kesungguhan jelas terpapar di wajah mereka apabila sanggup berpanas terik sampai lg hitam kulit mereka. Dah la digelar budak hitam...kesian btol. Visi & misi mereka hanya 1 iaitu dapat kereta sewa. Kereta kancil x main la...yg dicari kereta besar mcm avanza, wira, waja & yg besar2 je. Yela nak muatkan 6 org bdk hitam yg terdiri dr pelbagai saiz nih. Ada penyewa yg memberikan janji kosong. Hampeh btol. Kesemua ceruk tmpt yg mempamerkan no tpo utk khidmat keta sewa telah dituju. Di bus stop pintu timur, bus stop kuo khar (yg kz & kab x pi sbb jauh sgt), search dlm internet lg, kat umah kedai pun x tkecuali. Tapi semua no yg didail hanya sia2. Kesemua mereka jelas kelihatan hampa sekali.

Penat lelah 6 budak hitam tak terhenti di situ...malam pula mereka terus bersidang utk mencari penyelesaian mslh mereka. Serba-serbi x kena lah diorang nih. Mandi x basah, makan x kenyang, tidur je siap mengigau....hehe!mgkn sbb tringin sgt nk pi klate. Tepat jam 11 lbh tgh malam sempat lg mereka pergi ke sebuah rumah untuk menyewa kereta. Ni la keje gila diorg prnh buat...malam2 buta pun pegi umah org. Nsb baik x kena halau. Tp usaha ni pun x berbaloi. Usaha mereka direject mentah2. adakah 6 bdk hitam ni akan berputus asa???

Tidak! Nehi!...itulah kata jiwa mereka. Mereka pulang dgn hampa. Masing2 mengantuk...wlpun mata tertutup rapat tp minda mereka trus ligat memikirkan jwpn yg dicari. ZZzzzzZZZzzzz........ade yg mimpi, bdengkur & mengigau.


Begitu cepat hari pn siang...hari ni adalah sejarah. Dalam pukul 10 lbh seorang drp budak hitam mndapat ilham...katanya ”apa kata kalau kita pegi dgn kete kancil tp 2 biji kete?”. Waktu bagaikan terhenti mendgr kenyataan itu. Akhirnya kenyataan itu dipersetujui ramai. Akhirnya mereka pun menyewa lah 2 biji kereta kancil. Setiap kereta dinaiki oleh 3 org budak hitam utk tujuan bg kereta balance.hehe!

Tepat jam 2.30 ptg mereka ber-6 pun memulakan pengembaraan mereka ke Klate. Dgn harapan utk sampai awal tapi pemandu pelancong yg diharapkan agak mengecewakan. Tpksa lalu jalan jauh tp duit tol jimat la...pndai juga diorg ni...tpaksa bjimat cermat sbb duit ptptn x msuk lg.huhuhu! dlm ondway tu pn byk gak la mslh yg tjadi. Tp mslh yg kekerapan tertinggi adalah sakit perut @ nak uk uk. Adus!...ni la dugaan.


Ketika menaiki gerik 1 kejadian ngeri telah blaku...seram sejuk dibuatnye. Kereta kancil maroon yg dinaiki tiba2 je nak abis minyak. Kereta kancil putih yg 1 lg byk lg minyak. dah la kat tasik banding xde petrol station. Penanda petrol ade la...rupa2nye diorang ditipu oleh penanda tersebut. Petrol station di tasik banding dh lame off. Huhuhu! Siap ada yg merayu nak minyak dgn anggota maritim lg.


Terpaksa la diorang u-turn balik kat bawah. Pi kat Despo...tu la satu2 nye petrol station yg ade. Padahal sblm tu diorang kutuk je despo tu. Padan muke diorang semua. Harap2 insaf la lps ni. Tapi x sia2 gak la sbb diorang blh kenal dgn polis2 kat pos pengawal. Mana taknye siap 3x lalu kat tmpt tu. Mereka pun meneruskan perjalanan sambil merestas bukit yg tinggi sambil menyanyi.

Tepat jam 1 pg mereka pn sampai ke daerah Tanah Merah. Lepas berehat makan mereka pun ke Tok Uban Village (mulanya nk makan lauk kenduri kahwin tp time ni semua lauk dh basi). Malam ni diorang menginap di hotel al-bakri...nsb baik dpt tido free. Makan kueh bekang bunga pn free gak.


Keesokan harinya 6 org bdk hitam + 1 bdk coklat pegi la ke umah pengantin semalam tu. Alhamdulillah, bjaya juga sampai ke umah pengantin. «Mission Complete» Sempat juga la rasa daging gulai bewoh + nasi goreng. Dah kenyang makan mereka pun pegi la shoping kat rantau panjang. Lepas tu 6 org bdk hitam & 1 bdk coklat pun pegi siggah minum di umah bdk putih.(bdk pompuan ni) Sampai di umah tu 2 org bdk hitam beraksi ala2 tarzan sambil memetik buah setor. Memang pandai tarzan ni pilih buah yg masak je. Tp salah sorang tarzan telah cedera akibat kaki terseliuh...kesian pulak.

Kemudian mereka pun meneruskan trip untuk pulang ke Tg Malim. Tp bdk yg coklat tu x ikut...6 bdk hitam je yg balik TM. Kali ni diorang nak balik ikut jalan Cameron Highlands. Semua teruja je...terpaksa la lalu jln gua musang yg bsimpang siur & blubang-lubang. Nsb baik x de ’bom atom’ yg berbau.hehe! tepat jam 6 ptg mereka ber-6 pn smpai la di puncak cameron tu. Sempat la diorang bergambar, solat, makan, beli buah strawberi, teh, & qada hajat...adus.cubaan btol la. Yg penting mereka enjoy je.(”,)


Dalam pkul 9 mlm mereka pun menuruni jalan berbukit dr cameron highlands. Jalan yg sgt mencabar bg 6 org budak hitam. Siap ada yg pening kepala...kesungguhan mereka untuk pulang ke TM akhirnya tercapai juga. Semua 6 org bdk hitam itu slmt tiba di TM tepat jam 11.30 mlm. Syukur Alhamdulillah...akhirnya mereka semua dapat tidur dengan nyenyak dengan hati yang gembira krn misi mereka telah berjaya wlpun sedikit terlewat.huhu!

~~~~~~~~~HAPPY ENDING wlpun letih~~~~~~~~~~


Pengajaran dr cerita ini:

# matlamat biar jelas

# jgn mudah putus asa

# buat keje biar enjoy

# usaha utk apa yg diimpikan

# nak 1000 daya, xnak 1000 dalih

Friday, July 3, 2009

Semester break over….


Ai….akhirnya semester break hampir 2 dah tamat. Macam-macam perkara berlaku time cuti ni. Sblm cuti start macam-macam plan terlintas dlm kepala. Siap kena susun jadual lg.huhuhu! Mula je cuti aku pi umah romate aku si Fashan dgn menaiki kancil PDF. Zubar & Amat pn ikut skali. Bermulalah trip jalan2 Penang. Aku & bdk2 ni duk tumpang tido, makan, sembahyang, mandi dll kat umah fashan. Sebenarnya ade kenduri tahlil tp sempat la juga pi pusing Penang wlaupun x abis pusing pun. Byk tempat gak la aku & bdk2 ni pi...3 hr 2 mlm kat Penang aku pn blk naik train ke TM.


Sampai TM aku duk umah sewa lagi. Kwn2 sume dh blk kg.huhu! terpaksa la aku duk sorg sbb nak setelkan proposal. “beselah proposal....!” Kena rajin la jumpa penyelia En Zul sbb aku nak ubah tajuk. Nasib baik la sempat jmpa 2x wlpn en busy... ok r.Buka sem ni nak kena bentang pulak.


Lps setel pasal proposal aku balik la ke Tanggol Village...kali ni ada tugas besar menanti aku. Time to prepare my sister’s wedding...sbl tu smpt la gi kenduri kahwin kakak azril. Time ni jugak aku dpt berita yg umah sewa aku di TM kene masuk pencuri. Krg asam betul pencuri ni. Berani diaorg ambil tayar motor kwn2 aku. Nasib baik motor aku selamat. Tp aku tetap x puas hati dgn pencuri ni. Tunggu la balasan nanti....

Aku bersihkan ape yg kurang bersih, cantikkan ape yg kurang cantik, potong ape yg perlu dipotong (daging lembu la), dirikan ape yg perlu didirikan (kanopi), layan ape yg perlu dilayan (jd pelayan la) & ambil ape yg perlu diambil (jd fotografer). Alhamdulillah slmt juga mjls kawin kakak aku ni...dpt abg baru.hehe! 2 hr lps tu ak jd driver pulak utk mjls sambut menantu di klate...aku drift kete mak sedare aku. Dah pecut pn smpai lambat jugak...adus! Pemandu pelancong silap masuk jalan jauh. Lepas kenduri tu sempat lg gi borong kat Pengkalan Kubor...akhirnya mase blk ke ganu sampai malam.


Fuh lepas kenduri ni la masa utk rehat dgn family. Mmg aku rest betul2 la kali ni. Makan tido, tido makan, makan makan, tido tido....hehehe! tp tolong la mak ayah jugak. Time ni la nk tolong mak ayah pun...kan kan kan. Ada mase aku editkan soal selidik untuk tesis sem dpn. 2 hari sblm dtg TM sempat edarkan soal selidik utk anak yatim darul falah. Alhamdulillah...sume keje sblm dtg upsi dh setel. Tapi aku belum edit habis lagi proposal yg lengkap.huhuhu! So sebelum bukak sem ni kene setelkan ler...vvvvaaahhhh!!!

Tuesday, April 14, 2009

Tips Pengurusan Masa Berkesan

Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat penting. Kelemahan sesorang menguruskan masa dengan efektif akan menyebabkannya mudah terjebak ke kancah kegagalan dan kekecewaan.

Pengurusannya yang baik pula pastinya membuahkan natijah yang berkesan di samping memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Bagi remaja, masa muda adalah sangat kritikal untuk disia-siakan begitu sahaja. Banyak masa diperlukan untuk mengulangkaji pelajaran, waktu bersama keluarga dan rakan-rakan, bacaan tambahan, riadah dan rehlah dan sebagainya lagi.

Salah satu ciri remaja muslim cemerlang adalah Munazzomun fi syuunihi (terurus dalam urusan hariannya). Apa yang dimaksudkan dengan terancang urusan harian adalah:

”Tersusun dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.”

Di sini dikongsikan 10 Tips Pengurusan Waktu berkesan yang disunting dari petikan buku siri motivasi “Jatidiri Penggerak Perubahan”.

10 Tips Pengurusan Masa Berkesan

1. Buatlah perencanaan
Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

2. Pusatkan perhatian
Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah waktu yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting. Tetapi yang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.

3. Ambillah waktu rehat
Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.

4. Jauhkan suasana berkecamuk
Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak. Mereka merasa bahawa dengan cara itu persoalan yang penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.

5. Jangan menjadi ‘perfectionist’
Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama , dapat dicapai,memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang kedua, selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran waktu yang sia-sia.

6. Jangan takut mengatakan tidak
Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.

7. Jangan menangguhkan kerja
Penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.

8. Lakukanlah bedah siasat radikal
Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan radikal. Jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan, alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah kegiatan ini, sekali untuk selama-lamanya.

9. Delegasikan pekerjaan
Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau esekutif firma gergasi untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Belajarlah mendelegasikan tugas yang penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan waktu anda.

10. Jangan ketagihan kerja
Hampir semua manusia berjaya mempunyai waktu bekerja yang panjang, tetapi mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang pentig dalam hidup mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan bersama keluarga.Ini membezakan mereka daripada orang yang ketagihan kerja (workalcoholic) yang sama tarafnya seperti orang yang keagihan alkohol.

Saturday, April 11, 2009

Hikayat Kaunseling Kelompok


Hm…akhirnya selesai juga pembelajaran lab kelompok dan sesi kelompok. Banyak ilmu, pengalaman & kenangan yang tercipta. Bermula dengan pengagihan makmal kelompok yang begitu mencabar dimana semua pelajar sem 6 berebut memilih Instraktor pilihan hati masing2. Tak sangka pula boleh timbul ‘kontroversi’ dalam isu pemilihan Instraktor ni. So terpaksa la buat pemilihan semula...macam undi pilihanraya pula...


Fuh, nasib baik la saya bertindak pantas dan berjaya memenuhi kuota dalam senarai Instraktor pertama di hati.hehe! Siapa ye??? Disini akhirnya menemukan saya dengan 10 orang lagi ahli kelompok yang terdiri daripada 3 orang wanita cantik & 8 orang lelaki macho(termasuk saya la).


Tidak lama kemudian bermulalah pengembaraan lab kelompok yang membabitkan 11 orang insan yang digelar ’11 Budak Baik’. Selama 10 minggu saya dan kawan-kawan bersama-sama mengikuti lab kelompok atas tunjuk ajar daripada seorang ’Super Senior’. Nasib baik tak ada penyingkiran dalam setiap minggu tu...kalau tak jadi macam AF la pula.hehe!


Disini saya diajar mendalami ilmu2 berkaitan dengan sesi kaunseling kelompok antaranya ’big-picture, focus, cutting off, drawing out, rounds, dyads, linking & macam2 lagi. Kalau tak percaya semua tu boleh rujuk kat dalam buku Group Kaunseling karangan Jacobs 6th Ed (2009).


Tanggal 3, 4 & 5 April saya dan pun pergi la ke Hay Resort untuk ujian penilaian sesi kelompok...bukan UPSR tau. Saya menjadi kaunselor ke-2 so kenalah buat sesi pada malam tu juga. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di tangan...tq 4 my tangan coz berjaya cabut undi yang tepat.hehe!



Memang rasa hepi sangat bila sesi saya & sesi keseluruhan kelompok tamat. Soal letih biar dulu sebab sebelah malam ada persembahan pula. Tajuk persembahan “Neraka Anakku Derhaka” arahan Bakri. Seram & seriau je tajuk ni...persembahan malam tu semua mantap. So kumpulan saya cuba untuk Over Mantap. Nampaknye persembahan tak sia2 sebab dapat juga Naib Johan. Great job guys! Congrates 2 all the winner! Semua ada talent!


Esok pula buat sekaneka...dalam setiap acara bila main je confirm group saya yang menang..Tak tahu la pasal apa. Rasa bosan pula asyik menang je...biasa la group Budak Baik @ Group Juara...hehe! Tepat jam 3.00 petang saya pun balik ke TM.



Kepada Intruktor saya iaitu Pn Pau Kee yang murah dengan senyuman. Enjoy belajar dengan puan...thanks a lot! Tak lupa juga buat geng2 kelompok iaitu Agil, Zubar, Tun, Laip, Bakri, Kamal, Freddy, Yun, Yati & Lily yang sentiasa membantu dan menghappykan kelompok...Terima kasih daun selasih.Maaf atas segalanya.


Pergi membeli buah kopi,

Balik rumah makan meggi,

Lab ini sangat hepi,

Lain masa jumpa lagi.

Thursday, April 9, 2009

10 Sifat Peribadi Yang Mesti Dipupuk


Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu lagi dalam jaringan blog.Pejam celik dah masuk bulan April. Bulan yang penuh makna bagi saya...hehe! Hm...saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan penghuni blog semua. Perkongsian Ini adalah berkenaan dengan tajuk presentation saya dalam kelas Pengurusan Bimbingan & Kaunseling tempoh hari. Bacalah dengan penuh penghayatan...hehe!

Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.

Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.
Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia;-
1.Tulus
2.Rendah diri
3.Setia
4.Berfikiran positif
5.Perwatakan ceria
6.Bertanggungjawab
7.Percaya kepada diri sendiri
8.Pemaaf
9.Mudah berkira
10.Empati

Tulus
Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.
Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.
Prinsip tulus ialah 'berkata benar walaupun pahit'. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

Rendah diri
Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.
Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.
Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.
Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

Setia
Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.

Berfikiran positif
Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.
Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Berperwatakan ceria
Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).
Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.
Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.
Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya kepada diri sendiri
Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.
Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Pemaaf
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.
Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

Mudah berkira
Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.
Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

Empati
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.
Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Kesimpulan
10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!

Wallahu a’lam.

Tuesday, March 31, 2009

Memori Tercipta ~ “Hari Keluarga KASIH & Malam Anugerah Cemerlang 2009”


Assalamualaikum & Salam Kasih untuk semua…

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga untuk adakan sambutan Hari Keluarga KASIH pada 21 & 22 Mac 2009 yg lalu. Memang meriah. Orang Sabah kata ’Aramaitee’...walaupun ada sedikit kesuraman pada majlis ni tapi bagi saya & ajk pelaksana kami dah cuba yang terbaik. Maaf sekiranya ada pihak yang tak puas hati sepanjang perjalanan majlis ini. Memang tak dapat dinafikan memang susah untuk memenuhi kepuasan seseorang, itulah kata-kata Dr Jazimin pada saya. Pada mulanya takut juga saya untuk jalankan majlis ini sebab ramai juga kawan-kawan yang tak ada pada majlis ini berlangsung. Terasa kurang semangat pula...tapi bila difikirkan masa untuk bersama-sama dengan pensyarah2, senior2, kawan2 & junior2 bukan senang. Sebab biasanya ini la masa untuk kami semua beramah mesra secara tidak formal. So saya tekad untuk jalankan juga majlis ini dengan sokongan & bantuan kawan2 yang ada. Matilah saya kalau buat majlis ni sorang2. Tq kawan2...


merancang strategi

Kalau di imbas balik dari segi pelaksanaannya saya sendiri pun terkejut apabila diberi tanggungjawab oleh Presiden untuk menjayakan sambutan yang dikira amat ditunggu2 untuk semua student B&K. Perancangan ini bermula pada semester yang lepas dimana saya & ajk pelaksana telah menyediakan paper work yang pada mulanya diserahkan kepada pihak HEP. Akan tetapi timbul sedikit masalah apabila pada awal semester ini apabila saya dimaklumkan oleh pihak HEP bahawa bajet yang diminta untuk majlis ini agak besar. Entah la...kadang-kadang saya pun tak faham dengan Pihak HEP ni. Selalu juga la saya turun naik HEP ni untuk dapatkan bajet tapi ada je alasan dari pihak HEP. Sampai saya rasa tension untuk pergi ke HEP...ye la asyik muka saya je yang datang ke sana. So, saya pun jumpa la dengan Penasihat KASIH, En Md Noor...lepas tu tercetuslah perbincangan antara saya & beliau. Hampir 1 jam berdiskusi dengan beliau akhirnya kami berjaya mendapatkan jawapan kepada masalah dengan HEP iaitu ” tak perlu minta bajet HEP tapi minta dengan fakulti & klinik kaunseling!”. Kalau dah itu jawapannya so kena la buat papar work baru.


posing ayu sebelum game

So saya arahkan la setiausaha program untuk buat paper work baru. Biasa la bila dah jadi pengarah time ni la nak arahkan anak buah. Hehe! Kerja setiausaha saya ni memang bagus. 1 hari je dah siap paper work baru. Then saya pergi jumpa Ketua Jabatan, Dr Nasir & Dekan, Prof Madya Dr Abdul Latif dengan harapan diorang luluskan paper work ni…berdebar juga bila jumpa Dr Nasir ni sebab macam2 soalan beliau tanya…syukur la paperwork ni dapat lesen ‘L. Dengan berita tu saya maklumkan pada semua ajk pelaksana untuk bersedia dengan gerak kerja masing2. Tapi dalam buat gerak kerja tu banyak betul rintangan & halangan yang datang...tak tahu la datang dari mana. Tak sempat nak detect…;p
Tarikh dibawah ini adalah antara tarikh penting bagi majlis Hari Keluarga KASIH 2009. Kalau di ikutkan ini la tarikh-tarikh dipilih yang kemudiannya terpaksa di tunda;-
o 21 & 22 Feb 09 - Cancel hubungan dengan HEP
o 14 & 15 Mac 09 - Ramai pensyarah keluar praktikum
o 21 & 22 Mac 09 - Baru on Family Day KASIH


panas pun panas la janji macho

Akan tetapi sebelum hari keluarga ni dapat diteruskan pada 21 & 22 Mac tu ada lagi pancaroba yang datang tanpa di undang…ramai kawan2 tak ada pada tarikh tu. Azril & Ikmal yang merupakan Presiden & Bendahari persatuan terpaksa menjalankan program pengurusan di Melaka. Nasib baik la mereka ni dah bantu selesaikan urusan sebelum bertandang ke ke sana. Penasihat pun tak ada juga...sebab ada urusan di kampung. Alahai..macam mana ni. Wang pendahuluan pun belum dapat lagi macam mana nak bayar makanan & beli hadiah, hamper, plak, medal, cenderamata. Pening saya & ajk pelaksana duduk fikir masalah ni. Sehingga satu saat En Md Noor bagitau yang wang pendahuluan tu akan dapat selepas program. Lagi la runsing saya & ajk pelaksana dibuatnya...Lebih2 lagi apabila En Md Noor cadangkan supaya majlis ni ditunda lagi. Pergh...betul2 cobaan ni. Walaubagaimana pun aku & the geng tak mudah patah semangat sebab semua urusan gerak kerja dah kira complete dari segi tempat & peralatan. Itulah semangat yang buat saya bangga dengan diorang ni...hehe!


bersama jurulatih badminton sem 6.hehe!

Abis macam mana dengan wang ni??? Hm...terpaksa la guna duit yuran makanan student, duit bayaran sukan & duit bayaran bas ke UPM (nasib baik tak bayar ke HEP lagi). Itu la wang yang ada untuk buat bayaran deposit makanan & barang2 lain. Entah cukup ke tidak duit tu...Nasib baik la bendahari, ajk makanan & ajk cenderamata ni adalah golongan yang pandai untuk berbelanja secara bijak & ekonomi. Ada bakat jadi menteri kewangan semua ni...hehe! So adventure membeli belah @ shopping pun bermula. Pergi pasaraya TF, CCY, kedai sukan, kedai borong, Abuya Cafe & last sekali pasar malam di Pekan. Memang banyak yang kena beli. Terpaksa la kereta romate saya jadi mangsa muatan bahan2. Tq fashan. Boleh katakan 1 hari suntuk pergi membeli je... kat sini barulah saya dapat lihat gelagat kawan2 semasa beli barang, cari peralatan untuk sukan terutamanya time cari buah nyior @ kelapa....last minit baru dapat cari tau.hehe!Tq ida, yun, wanie, miss, liza, naa, kd & baq coz sudi teman beli barang2.


balingan yang hebat & mantap...tapi?!

Hari 1 ~ Family Day (Futsal & Bola Jaring)
21 Feb – Hari ini semua student B&K berkampung di KZ sebab acara sukan bermain di gelanggang KZ. Acara Futsal & Bola Jaring berlangsung agak lewat kira2 pukul 9.30 pagi. Hampir semua sem hantar wakil untuk merebut kejuaraan kali ini. Bagi Futsal kali ini semester 6 selaku Naib Juara futsal yang lalu dengan bersahaja menghantar 1 wakil. Begitu juga dengan semester 7 yang turut menghantar 1 wakil dan hanya semester 4 yang hantar 2 wakil. Sem saya dapat no. 3 je. Saja buat2 kalah sebab ingin memberikan peluang kepada geng2 senior untuk mendapat medal. So kami sengaja untuk tidak ke final dengan harapan geng2 senior dapat jadi Champion. Tapi nasib dia orang pun sama kalah dengan junior semester 4. Haha! Begitu juga dengan bola jaring. Kali ini hantar 2 team tapi 1 je yang dapat tempat. Tu pun tempat ke-3. Terpaksa la tahan diri dari panas terik...huhu!


prepare untuk tarikkkk la

Hari 2 ~ Family Day (Sukaneka & Badminton)
22 Feb – Ni hari yang ke-2, macam biasa acara bermula lewat 30 minit.huhu! Pagi tu saya berterima kasih pada wakil junior semester 2 yang sudi datang awal untuk menunjukkan komitmen kepada majlis hari ini. Terlebih dahulu sekalung terima kasih buat pensyarah yang sudi hadir memeriahkan acara pagi ini iaitu Dr Jazimin, En Taquddin & Dr Fauziah. Rasanya inilah pertama kalinya pensyarah turun padang join sama dalam Family day walaupun tidak semua yang turun kerana mungkin pensyarah yang lain mempunyai urusan yang lebih komited. Pelbagai acara dimainkan antaranya baling belon air, boling kelapa, gelang berantai, isi air dalam botol & acara kemuncak iaitu tarik tali. Hari ni boleh kata full time saya jadi pengadil & dibantu oleh pengadil sampingan;, Zubar, Amat, Baq, Abg Yie, Abg Mizi & Abg Mamu. Sukaneka memang enjoy & meriah…penuh kegembiraan. Rasa hilang stress buat sementara apabila melihat pensyarah & pelajar bermain bersama2. Lebih membanggakan Semester 6 berjaya menjuarai acara Tarik Tali. "Vvvvvaaaahhhh!" Itulah trade mark kemenangan semester kami.haha! Bagi acara badminton pula saya & Laip gagal mempertahankan gelaran naib juara apabila ditewaskan oleh senior semester 7 pada peringkat suku akhir dalam aksi sengit 3 set...sori bos! Pengadil dari sem diorang so bagi la diorang menang.huhu!


aksi mantap beregu super series KASIH


Lastly, tiba juga pada malam kemuncak iaitu Malam Anugerah Cemerlang Pelajar. Untuk kali ini Dekan Prof Madya Dr Abdul Latif, Ketua Jabatan Dr Nasir & para pensyarah B&K; Dr Malek, Dr Muzafar, Dr Jazimin, En Taquddin, Dr Fauziah & Puan Hapsah datang menyerikan majlis. Sesungguhnya saya & kawan2 di barisan AJK pelaksana berasa amat berterima kasih atas kesudian mereka memeriahkan majlis. Suasana kegembiraan memang menyelubungi auditarium utama ketika itu tatkala upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang sukaneka, indoor game & persembahan. Tak dilupakan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang. Tahniah atas kejayaan anda semua.


gaya en taqi & dr jaz bersiap utk tarik tali

Begitulah sedikit sebanyak perjalanan yang saya ingat. Agak mencabar juga dalam menguruskan sesuatu majlis.hehe! Apa pun saya berasa amat gembira kerana berjaya melangsungkan majlis “Hari Keluarga KASIH & Malam Anugerah Cemerlang 2009” untuk kali ini. Semoga hubungan silaturahim antara para pelajar & para pensyarah B&K sentiasa terjalin. Harapan aku untuk masa2 akan datang agar lebih ramai pelajar & pensyarah dapat menyertai majlis seperti ini. Sebelum mengundur diri saya ingin memohon maaf atas segala kelemahan yang berlaku. Jutaan terima kasih kepada semua pensyarah, ajk pelaksana, kawan2 & pihak yang membantu secara tidak langsung dalam menjayakan“Hari Keluarga KASIH & Malam Anugerah Cemerlang 2009”.
Ingatlah...“Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan”. Wassalam...

Saya menutup kelendar blog bulan Mac dengan rentetan majlis KASIH. Semoga jumpa lagi di bulan April nanti..Salam blogger......Kuick2x!