Sunday, March 1, 2009

MuhaSabah DiRi (Siapa KIta??)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Aku ingin berkongsi sedikit persoalan dengan kawan-kawan semua. Kadang-kadang pernah terlintas di fikiranku apabila memikirkan siapa diri aku sebenarnya...walaupun persoalan itu nampak mudah tetapi bagi diriku ia amat sukar untuk diperjelaskan. Walaupun sudah 23 tahun aku menikmati kehidupan di dunia ini tetapi aku masih tidak mengerti siapa diri aku ini...

Siapa kita..???

Kita adalah insan ciptaan ALLAH swt.. yang dijadikan untuk beribadah kepadaNya.

Seringkali aku menyoal diri..??

Muhasabah bermula dengan soalan kepada diri sendiri......

Siapakah aku dan kita sebenarnya..??

Kita adalah apa yang kita ketahui dan apa yang kita amalkan.

Mengapa aku dilahirkan dan haruskah begini bentuknya..??

Dilahirkan untuk diuji dan dilahirkan dalam sebaik-baik kejadian.

Acapkali aku menyoal diri haruskah kita digelar manusia semata-mata kerana kita manusia..??

Gelaran ada masanya penting dan ada masanya tidak penting. Penting untuk muhasabah diri dan tak penting dari segi nilaian.

Namun bukan sedikit yang tidak bersifat manusia dalam alur liku hidup sehari-hari..??.

Adat bagi manusia yang gemar mengikut nafsu dan kita adalah sebahagian daripadanya.....

Terlontarnya ke dalam dunia yang penuh ujian ini mungkin sudah suratan azali yang tentunya telah terpahat di Loh Mahfuz tapi bagaiman kita semua mengenal diri?

Cukupkah sekadar berkata; "Kenalilah diri kita maka akan kenallah Tuhanmu." tanpa mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang!

Pastinya suratan takdir daripada tuhan yang tertulis di luh mahfudz.

Mengenal diri tidak semudah yang disangka dan ramai pula yang menyangka dirinya sudah mengenal diri dengan ilmu yang dimilikinya.

Apapun sebenarnya ianya memerlukan mujahadah yang keras dan istiqamah.

Zikir adalah makanan hariannya dan hatinya perlu terus-menerus memandang kepada tuhannya......

Tapi kenalkah kita akan diri sendiri?

Justeru ingin mengenali Tuhan Yang Maha Esa teruskan menjawab soalan-soalan ini

Tidak akan mengenal diri sendiri sebelum kita ‘mati’. Mati sebelum mati adalah acuan yang boleh menampung hakikat diri ini......

Apa makna hidup?
Hidup adalah satu sangkaan yang penuh kepura-puraan

Untuk apa hidup ini?
Hidup ini untuk mati

Apa erti hidup?
Hidup membawa erti yang berbeza pada orang yang berbeza pula

Apa yang diharapkan dari hidup ini?
Hidup diharapkan menjadi jambatan untuk ke akhirat

Apakah hidup ini ada gunanya?
Berguna sebagai aset (saham) untuk kehidupan yang kekal nanti

Apa tujuan hidup?
Firman Allah di dalam Al Quran yang mafhumnya: Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu....

Kemana selepas hidup ini?
Tentunya ke alam barzah.....

Soalan-soalan itu perlu kita jawab sendiri-sendiri bertunjangkan firman Allah SWT dan hadis Nabi SAW!

Jawab sendiri, tetapi belajar dengan orang lain (guru).

Sekadar renungan bersama dari seorang sahabat untuk sahabat...

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment