Sunday, June 13, 2010

Me, Myself & INTEK 2010


Me, Myself & INTEK 2010

Tanggal 15hb Feb 2010 aku mendaftarkan diri ke sebuah sekolah yang cukup gah pada namanya Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK). Memang sudah dari kecil lagi aku bercita-cita untuk memasuki alam sekolah berasrama penuh tapi aku tidak ditakdirkan untuk berada di alam itu. Jadi aku mengambil peluang yang ada untuk merasai alam SBP walaupun untuk sementara. Aku tetap bersyukur kerana aku berpeluang untuk menjadi warga INTEK. Ternyata pilihan yang telah dibuat adalah tepat walupun sebelum ini aku berasa sedikit bimbang dan takut untuk memulakan tugasan di INTEK. Maklumlah sekolah berasrama penuh..huhu!

Bermula dari hari pertama aku diminta untuk memperkenalkan diri di hadapan warga INTEK aku berasa cukup berdebar & kerdil...semua yang berada di hadapanku adalah pelajar-pelajar yang bijak pandai, begitu juga dengan guru-guru dan barisan pentadbir yang komited. Itu hanyalah permulaan untuk meneruskan kehidupan di bumi INTEK selama 4 bulan. Dalam masa 2 minggu pertama aku terpaksa menganalisis dan membaca cara guru-guru INTEK...’scan’ bagi membina hubungan yang baik. Alhamdulillah, ternyata seluruh warga INTEK menerima kehadiran aku dan kawan2 dengan baik sekali. Mereka tidak memandang aku dan kawan-kawan sebagai guru praktikal bahkan sebagai guru INTEK dan kami ibarat di dalam sebuah keluarga...cukup indah sekali. Dalam tempoh tu juga aku tumpang di rumah pak cik man. Kemudian barulan aku dan laip berpindak ke asrama sekolah tinggal bersama cikgu rafi (tak sangka gpk pentadbiran ajak duduk skali ~ tq cikgu)

Kehidupan sebagai seorang guru pelatih di INTEK amat mencabar dan memenatkan...akan tetapi semuanya dapat diatasi dengan keseronokan dalam suasana bekerja. Aku masih ingat lagi ketika aku memohon untuk berpraktikal di SBP ada kawan-kawan yang berkata “berani kau nak pergi sbp”, “kat sbp banyak kerja”, dan macam-macam lagi...masih terlintas kata-kata pensyarah aku “sekarang baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah ye” sambil gelak. Adoi kena lagi...aku faham suasana di sekolah harian biasa dan sbp adalaha berbeza. Apapun itu adalah salah satu pengalaman yang dapat aku pelajari di INTEK. Aku memang sukakan cabaran & pengalaman baru...hehe.!

Jadual yang padat di sbp tidak membataskan aku untuk melaksanakan tugasan sebagai pelajar pelatih. Sesi kaunseling & bimbingan sebanyak 195 jam perlu disiapkan tepat pada masanya. Masuk sahaja minggu 1,2 & 3 pada setiap hujung minggu aku dah mula masuk kem motivasi pelajar. Di sinilah peluang untuk lebih mengenali pelajar dan guru yang bertugas. Amat seronok apabila melihat telatah para pelajar ketika melaksanakan aktiviti. Telatah guru-guru juga tidak ketinggalan, guru lelaki memancing ikan & guru perempuan menunggu ikan untuk dimasak...kat sini juga la ada seorang guru cakap “pozi dulu time kau perkenalkan diri hari pertama tu akak ingat kau dah kahwin” gelak sakan aku dibuatnye...haha!

Terdapat 3 tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah kepada aku selain tugas sebagai kaunselor pelatih. 1-guru rumah indera kasturi, 2-guru kelab bimbingan & kaunseling, 3-jurulatih bola tampar. Musim merentas desa & sukan tara penuh dengan warna warni INTEK. Setiap rumah masing-masing cuba untuk menjadi ‘The Best’. Selaku juara bertahan pada tahun lepas Indera Kasturi amat dicemburui oleh rumah sukan yang lain...secara keseluruhannya indera kasturi terpaksa melepaskan status juara bertahan kepada rumah indera harmoni. Apapun untuk acara 4x100m acara pegawai tidak mengecewakan apabila kombinasi aku, cikgu zaini, cikgu izueddin & cikgu hatta berjaya meraih pingat gangsa..boleh la aku simpan medal sebagai kenangan. Indera Kasturi Tetap Best! Bagi bola tampar pula team INTEK dapat tempat sekadar ke-4. Syukurlah dapat juga pemain merasai medal bola tampar. Sejarah bola tampar INTEK!

Habis je sukan barulah aku boleh fokus kepada sesi yang dipertanggungjawabkan. Slow & steady...peluang masuk kelas relief dimanfaatkan dengan baik kerana disinilah peluang untuk lebih mengenali pelajar. Hal ini kerana aku sedar bahawa pelajarlah yang akan & banyak membantu aku menyiapkan tugasan sesi. Walaupun tidak dibenarkan untuk menjalankan sesi pada waktu p&p dan prep petang tetapi itu bukanlah halangan dalam menyiapkan sesi. Atas kebenaran warden bertugas aku dibenarkan menjalankan sesi pada waktu prep malam. Terima kasih kepada warden-warden yang memahami jiwa bakal kaunselor. Adakalanya waktu petang juga aku membuat sesi. Tapi aku sendiri tidak tahan dengan rasa mengantuk...mata oh mata.

Pada kali pertama observe oleh pensyarah penyelia aku berasa cukup tidak selesa pada pagi itu. Hal ini kerana aku diminta untuk membawa pelajar projek menara gading ke dewan pejabat agama kuantan. Tiba-tiba hati berasa berat je nak pergi. Tapi aku pergi jugak dengan cikgu fauzi senior...yang junior tu aku.hehe!(time ni juga la tun & nuar mesej denga aku bgtau yang en zul dh sampai skolah mereka...padahal saje je nak kenakan kawan-kawan). Sambil minum pagi tu, cikgu shah pula call aku. Dia bagitau yang en zul dah datang sekolah. Aku ingatkan cikgu shah saja nak main-mainkan aku...dalam hati aku “mesti cikgu shah dah plan dengan laip nak kenakan aku ni”. Yela en zul datang observe tanpa berita...lepas tu selang 5 minit aku call cikgu shah. Bagitau yang aku dah call en zul (padahal tak call pun). Saje nak gertak cikgu shah. Tapi yang peliknya cikgu shah pula gelakkan aku...nape plak ni. Tibe terdengar suara yang biasa aku dengar ketika sem 5,6 & 7...alamak en zul betul-betul dah sampai...ini bukan cubaan tapi betul-betul. Memang terkejut aku time tu...

Sekolah aku menjadi destinasi pertama untuk observe kali pertama & destinasi kedua untuk observe kali kedua. Alahmdulillah segala-galanya berjalan dengan baik. Hal ini kerana aku dengan partner, si laip sentiasa bersedia setiap masa. Jadi bila-bila masa nak datang observe pun dipersilakan...haha! Sepanjang tempoh berada di INTEK banyak sekali aktiviti & program yang dilaksanakan. Diantaranya program lets study in japan (masuk siaran tv jepun ni), akujanji pelajar & pemuafakatan akademik, tumbangkan lembu sempena kenduri kesyukuran kecemerlangan spm, sembur nyamuk (fogging) di kawasan asrama, lawatan utp, lawatan sambil belajar ke genting highlands, mentor mentee, kem kepimpinan pengawas, kem kepemimpinan kokurikulum, majlis makan beradab, pendaftaran pelajar tingkatan 1 & 4 baru, hari guru (sempat jadi artis wat konsert) dan program sekolah berbudaya (aku jadi pengarah & pelakon)haha!.

Banyak juga aktiviti pada hujung minggu selain dari membuat sesi marathon, xpdc mendaki bukit pelindung bersama pelajar prs smk tengku afzan & program motivasi di smk mat kilau. Aktiviti yang dilakukan bersama keluarga INTEK & kawan-kawan juga begitu banyak sekali. Antaranya makan malam di rumah kak ayu & cikgu syed, menjadi pengasuh syed nazim yang comel (kejap je), pot luck kelab INTEK, picnic bersama laip, kak zia & ikin di bilik kaunseling, picnic harmoni di sungai lembing (bersama cikgu syed, cikgu ikmal, n, laip, cikgu rof, anas, kak aiza, kak ayu, kak zia, ika, ikin, amani, dd), kek & dinner 4 my besday (thanks to kak aizar, kak zia, kak ana & laip), kek suprise dari geng2 praktikum kuantan (thanks to zubar, nuar, tun, zaini, laip + en zul, wan), tengok wayang (wolfman, clash of the titans, how to train your dragon, ironman 2 & shrek 4 forever after), makan angin di pantai kemasik (n, kak zia & laip), karaoke lawak (laip, kak ana & kak zia), mandi manda di air terjun panching (geng2 praktikum kuantan), tarik pukat di pantai kempadang (mmg banyak dapat udang), gambang water park (thanks to pak cik man & makcik, kak asmah & husband), lunch di rumah en man driver bas INTEK & bowling tournament 4 penjuru (aku, zubar, tun & nuar).

Kalau dah sampai tahap bosan sangat tu pergi la makan angin kat teluk cempedak, round bandar kuantan, chek lorong, pergi mall dan makan-makan. Yang paling tak boleh lupa makan makanan jepun kat sendo no ya...arigato ziachan, aizarchan & anachan. Masa hari guru juga aku antara cikgu yang bertuah. Banyak juga dapat hadiah. Terima kasih kerana memilih saya...hehe! saat yang paling sibuk aku di INTEK ketika aku menjadi guru bertugas mingguan. Waktu ni la wabak ili & h1n1 mula mengganas di INTEK. Setiap hari bawa pelajar demam ke klinik. Berita h1n1 siap masuk tv & paper lagi tu...terkejut gak mula-mula...haha! Satu lagi masa student form 1 yang kejang otot tu, terpaksa aku dukung trunkan dia ke bilik kaunseling dari tingkat atas. Cuak juga masa tu...yela budak tiba-tiba kejang & sesak nafas. Nasib baik la semuanya ok.

Menjelang hari-hari terakhir di INTEK aku sendiri tidak sedar. Seolah-olah masa begitu cepat berlalu...mungkin kerana terlalu seronok berpraktikal di INTEK sehingga aku lupa tempoh berkhidmat dah nak tamat...huhu! Memang benar kata ayahanda INTEK, “kamu diterima disini sebagai warga INTEK bukannya sebagai guru praktikum”. Atas sebab itulah aku berasa begitu gembira dan seronok berada di bumi INTEK. Terasa cukup sedih untuk mengucapkan selamat tinggal kepada warga INTEK akan tetapi itulah kehidupan yang perlu aku tempuhi. Nilai asas warga INTEK sebagai sebuah keluarga amat utuh sekali. Mudah-mudahan ianya akan berkekalan sampai bila-bila.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua, barisan gpk, ketua-ketua bidang, guru-guru cemerlang, barisan kaunselor, guru-guru, staf-staf dan adik-adik pelajar yang disayangi sekalian. Terima kasih kepada kalian kerana menerima kehadiran aku & kawan-kawan sebagai warga INTEK. Tidak lupa juga kepada para klienku yang telah memberikan kepercayaan dalam melaksanakan sesi sepanjang di INTEK. Ku pohon kemaafan atas kekhilafan yang berlaku sepanjang di INTEK sama ada sedar atau tidak. Halalkan makan & minum sepanjang aku di INTEK. Semoga INTEK terus maju di masa yang akan datang. Terima kasih Ya Maha Esa kerana memberi peluang kepadaku menjadi warga INTEK...amin.
~INTEK SENTIASA DI HATI~

1 INTEK – Murid Dididik, Pencapaian Diutamakan.


*next episode : fauzi & 7k

1 comment:

  1. ~OWhh..terkedu ats n3 yg pnjg mnyentuh hati
    TQVM ats n3 ni. Kenangan2 itu akn terus hidup di ingatan..Bukan senang nak tulis ni...
    Bertuah btol INTEK krn dpt guru praktikal yg mmg cemerlang gini. Dah abes lama pun sntiasa d kenang org.
    Anyway, tahniah coz dah habis dengan jayanya di sini. Moga mnjdi pendidik yg berdedikasi & di segani.

    ReplyDelete