Tuesday, March 31, 2009

Memori Tercipta ~ “Hari Keluarga KASIH & Malam Anugerah Cemerlang 2009”


Assalamualaikum & Salam Kasih untuk semua…

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga untuk adakan sambutan Hari Keluarga KASIH pada 21 & 22 Mac 2009 yg lalu. Memang meriah. Orang Sabah kata ’Aramaitee’...walaupun ada sedikit kesuraman pada majlis ni tapi bagi saya & ajk pelaksana kami dah cuba yang terbaik. Maaf sekiranya ada pihak yang tak puas hati sepanjang perjalanan majlis ini. Memang tak dapat dinafikan memang susah untuk memenuhi kepuasan seseorang, itulah kata-kata Dr Jazimin pada saya. Pada mulanya takut juga saya untuk jalankan majlis ini sebab ramai juga kawan-kawan yang tak ada pada majlis ini berlangsung. Terasa kurang semangat pula...tapi bila difikirkan masa untuk bersama-sama dengan pensyarah2, senior2, kawan2 & junior2 bukan senang. Sebab biasanya ini la masa untuk kami semua beramah mesra secara tidak formal. So saya tekad untuk jalankan juga majlis ini dengan sokongan & bantuan kawan2 yang ada. Matilah saya kalau buat majlis ni sorang2. Tq kawan2...


merancang strategi

Kalau di imbas balik dari segi pelaksanaannya saya sendiri pun terkejut apabila diberi tanggungjawab oleh Presiden untuk menjayakan sambutan yang dikira amat ditunggu2 untuk semua student B&K. Perancangan ini bermula pada semester yang lepas dimana saya & ajk pelaksana telah menyediakan paper work yang pada mulanya diserahkan kepada pihak HEP. Akan tetapi timbul sedikit masalah apabila pada awal semester ini apabila saya dimaklumkan oleh pihak HEP bahawa bajet yang diminta untuk majlis ini agak besar. Entah la...kadang-kadang saya pun tak faham dengan Pihak HEP ni. Selalu juga la saya turun naik HEP ni untuk dapatkan bajet tapi ada je alasan dari pihak HEP. Sampai saya rasa tension untuk pergi ke HEP...ye la asyik muka saya je yang datang ke sana. So, saya pun jumpa la dengan Penasihat KASIH, En Md Noor...lepas tu tercetuslah perbincangan antara saya & beliau. Hampir 1 jam berdiskusi dengan beliau akhirnya kami berjaya mendapatkan jawapan kepada masalah dengan HEP iaitu ” tak perlu minta bajet HEP tapi minta dengan fakulti & klinik kaunseling!”. Kalau dah itu jawapannya so kena la buat papar work baru.


posing ayu sebelum game

So saya arahkan la setiausaha program untuk buat paper work baru. Biasa la bila dah jadi pengarah time ni la nak arahkan anak buah. Hehe! Kerja setiausaha saya ni memang bagus. 1 hari je dah siap paper work baru. Then saya pergi jumpa Ketua Jabatan, Dr Nasir & Dekan, Prof Madya Dr Abdul Latif dengan harapan diorang luluskan paper work ni…berdebar juga bila jumpa Dr Nasir ni sebab macam2 soalan beliau tanya…syukur la paperwork ni dapat lesen ‘L. Dengan berita tu saya maklumkan pada semua ajk pelaksana untuk bersedia dengan gerak kerja masing2. Tapi dalam buat gerak kerja tu banyak betul rintangan & halangan yang datang...tak tahu la datang dari mana. Tak sempat nak detect…;p
Tarikh dibawah ini adalah antara tarikh penting bagi majlis Hari Keluarga KASIH 2009. Kalau di ikutkan ini la tarikh-tarikh dipilih yang kemudiannya terpaksa di tunda;-
o 21 & 22 Feb 09 - Cancel hubungan dengan HEP
o 14 & 15 Mac 09 - Ramai pensyarah keluar praktikum
o 21 & 22 Mac 09 - Baru on Family Day KASIH


panas pun panas la janji macho

Akan tetapi sebelum hari keluarga ni dapat diteruskan pada 21 & 22 Mac tu ada lagi pancaroba yang datang tanpa di undang…ramai kawan2 tak ada pada tarikh tu. Azril & Ikmal yang merupakan Presiden & Bendahari persatuan terpaksa menjalankan program pengurusan di Melaka. Nasib baik la mereka ni dah bantu selesaikan urusan sebelum bertandang ke ke sana. Penasihat pun tak ada juga...sebab ada urusan di kampung. Alahai..macam mana ni. Wang pendahuluan pun belum dapat lagi macam mana nak bayar makanan & beli hadiah, hamper, plak, medal, cenderamata. Pening saya & ajk pelaksana duduk fikir masalah ni. Sehingga satu saat En Md Noor bagitau yang wang pendahuluan tu akan dapat selepas program. Lagi la runsing saya & ajk pelaksana dibuatnya...Lebih2 lagi apabila En Md Noor cadangkan supaya majlis ni ditunda lagi. Pergh...betul2 cobaan ni. Walaubagaimana pun aku & the geng tak mudah patah semangat sebab semua urusan gerak kerja dah kira complete dari segi tempat & peralatan. Itulah semangat yang buat saya bangga dengan diorang ni...hehe!


bersama jurulatih badminton sem 6.hehe!

Abis macam mana dengan wang ni??? Hm...terpaksa la guna duit yuran makanan student, duit bayaran sukan & duit bayaran bas ke UPM (nasib baik tak bayar ke HEP lagi). Itu la wang yang ada untuk buat bayaran deposit makanan & barang2 lain. Entah cukup ke tidak duit tu...Nasib baik la bendahari, ajk makanan & ajk cenderamata ni adalah golongan yang pandai untuk berbelanja secara bijak & ekonomi. Ada bakat jadi menteri kewangan semua ni...hehe! So adventure membeli belah @ shopping pun bermula. Pergi pasaraya TF, CCY, kedai sukan, kedai borong, Abuya Cafe & last sekali pasar malam di Pekan. Memang banyak yang kena beli. Terpaksa la kereta romate saya jadi mangsa muatan bahan2. Tq fashan. Boleh katakan 1 hari suntuk pergi membeli je... kat sini barulah saya dapat lihat gelagat kawan2 semasa beli barang, cari peralatan untuk sukan terutamanya time cari buah nyior @ kelapa....last minit baru dapat cari tau.hehe!Tq ida, yun, wanie, miss, liza, naa, kd & baq coz sudi teman beli barang2.


balingan yang hebat & mantap...tapi?!

Hari 1 ~ Family Day (Futsal & Bola Jaring)
21 Feb – Hari ini semua student B&K berkampung di KZ sebab acara sukan bermain di gelanggang KZ. Acara Futsal & Bola Jaring berlangsung agak lewat kira2 pukul 9.30 pagi. Hampir semua sem hantar wakil untuk merebut kejuaraan kali ini. Bagi Futsal kali ini semester 6 selaku Naib Juara futsal yang lalu dengan bersahaja menghantar 1 wakil. Begitu juga dengan semester 7 yang turut menghantar 1 wakil dan hanya semester 4 yang hantar 2 wakil. Sem saya dapat no. 3 je. Saja buat2 kalah sebab ingin memberikan peluang kepada geng2 senior untuk mendapat medal. So kami sengaja untuk tidak ke final dengan harapan geng2 senior dapat jadi Champion. Tapi nasib dia orang pun sama kalah dengan junior semester 4. Haha! Begitu juga dengan bola jaring. Kali ini hantar 2 team tapi 1 je yang dapat tempat. Tu pun tempat ke-3. Terpaksa la tahan diri dari panas terik...huhu!


prepare untuk tarikkkk la

Hari 2 ~ Family Day (Sukaneka & Badminton)
22 Feb – Ni hari yang ke-2, macam biasa acara bermula lewat 30 minit.huhu! Pagi tu saya berterima kasih pada wakil junior semester 2 yang sudi datang awal untuk menunjukkan komitmen kepada majlis hari ini. Terlebih dahulu sekalung terima kasih buat pensyarah yang sudi hadir memeriahkan acara pagi ini iaitu Dr Jazimin, En Taquddin & Dr Fauziah. Rasanya inilah pertama kalinya pensyarah turun padang join sama dalam Family day walaupun tidak semua yang turun kerana mungkin pensyarah yang lain mempunyai urusan yang lebih komited. Pelbagai acara dimainkan antaranya baling belon air, boling kelapa, gelang berantai, isi air dalam botol & acara kemuncak iaitu tarik tali. Hari ni boleh kata full time saya jadi pengadil & dibantu oleh pengadil sampingan;, Zubar, Amat, Baq, Abg Yie, Abg Mizi & Abg Mamu. Sukaneka memang enjoy & meriah…penuh kegembiraan. Rasa hilang stress buat sementara apabila melihat pensyarah & pelajar bermain bersama2. Lebih membanggakan Semester 6 berjaya menjuarai acara Tarik Tali. "Vvvvvaaaahhhh!" Itulah trade mark kemenangan semester kami.haha! Bagi acara badminton pula saya & Laip gagal mempertahankan gelaran naib juara apabila ditewaskan oleh senior semester 7 pada peringkat suku akhir dalam aksi sengit 3 set...sori bos! Pengadil dari sem diorang so bagi la diorang menang.huhu!


aksi mantap beregu super series KASIH


Lastly, tiba juga pada malam kemuncak iaitu Malam Anugerah Cemerlang Pelajar. Untuk kali ini Dekan Prof Madya Dr Abdul Latif, Ketua Jabatan Dr Nasir & para pensyarah B&K; Dr Malek, Dr Muzafar, Dr Jazimin, En Taquddin, Dr Fauziah & Puan Hapsah datang menyerikan majlis. Sesungguhnya saya & kawan2 di barisan AJK pelaksana berasa amat berterima kasih atas kesudian mereka memeriahkan majlis. Suasana kegembiraan memang menyelubungi auditarium utama ketika itu tatkala upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang sukaneka, indoor game & persembahan. Tak dilupakan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang. Tahniah atas kejayaan anda semua.


gaya en taqi & dr jaz bersiap utk tarik tali

Begitulah sedikit sebanyak perjalanan yang saya ingat. Agak mencabar juga dalam menguruskan sesuatu majlis.hehe! Apa pun saya berasa amat gembira kerana berjaya melangsungkan majlis “Hari Keluarga KASIH & Malam Anugerah Cemerlang 2009” untuk kali ini. Semoga hubungan silaturahim antara para pelajar & para pensyarah B&K sentiasa terjalin. Harapan aku untuk masa2 akan datang agar lebih ramai pelajar & pensyarah dapat menyertai majlis seperti ini. Sebelum mengundur diri saya ingin memohon maaf atas segala kelemahan yang berlaku. Jutaan terima kasih kepada semua pensyarah, ajk pelaksana, kawan2 & pihak yang membantu secara tidak langsung dalam menjayakan“Hari Keluarga KASIH & Malam Anugerah Cemerlang 2009”.
Ingatlah...“Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan”. Wassalam...

Saya menutup kelendar blog bulan Mac dengan rentetan majlis KASIH. Semoga jumpa lagi di bulan April nanti..Salam blogger......Kuick2x!

Monday, March 30, 2009

NEW 7 WONDERS OF THE WORLD



Inilah antara 7 Monumen Ajaib Yang Terdapat Di Dunia. Lihatlah hasil senibina yang telah dicetuskan oleh manusia. Untuk pengetahuan anda semua, 7 monumen diatas telah diundi dan dinobatkan sebagai pemenang monumen ajaib di dunia daripada 21 pencalonan awal.

Sememangnya manusia amat teruja untuk membina sesuatu binaan yang amat kreatif dengan bantuan akal fikiran yang amat bernilai. Antara 21 calon monumen yang telah disenaraikan untuk pemilihan 7 monumen ajaib dunia tersebut:


The Pyramid at Chichén Itzá (before 800 A.D.) Yucatan Peninsula, Mexico

Christ Redeemer (1931) Rio de Janeiro, Brazil

The Roman Colosseum (70 - 82 A.D.) Rome, Italy

The Taj Mahal (1630 A.D.) Agra, India

The Great Wall of China (220 B.C and 1368 - 1644 A.D.) China

Petra (9 B.C. - 40 A.D.), Jordan

Machu Picchu (1460-1470), Peru

The Acropolis of Athens (450 - 330 B.C.) Athens, Greece

Alhambra (12th century) Granada, Spain

Angkor (12th century) Cambodia

Statues of Easter Island (10th - 16th Century) Easter Island, Chile

The Eiffel Tower (1887 - 89) Paris, France

The Hagia Sophia (532 - 537 A.D.) Istanbul, Turkey

Kiyomizu Temple (749 - 1855) Kyoto, Japan

The Kremlin and Red Square (1156 - 1850) Moscow, Russia

Neuschwanstein Castle (1869 -1884) Schwangau, Germany

The Pyramids of Giza (2600 - 2500 B.C), Egypt

The Statue of Liberty (1886) New York City, U.S.A.

Stonehenge (3000 B.C. - 1600 B.C.) Amesbury, United Kingdom

Sydney Opera House (1954 - 73) Sydney, Australia

Timbuktu (12th century) Mali



Gambar ni bukan tergolong dalam 'The 7 Wonders Of The World' tau...tapi gambar ni pun tergolong di bawah wonder juga tau...Ni Team Wonder Pets!
Apa yang penting KERJASAMA...!



50 PERSONALITI TERBILANG MALAYSIA

Anda juga dapat menjadi seperti mereka: terkenal, berjaya dalam hidup dan menjadi jutawan. Sebahagian daripada personaliti ini merupakan mereka yang pernah hidup miskin, datang daripada keluarga yang tidak dikenali dan berasal dari desa.

Generasi muda, terutama pelajar, mahasiswa dan belia tentu dapat mengutip sesuatu pengajaran daripada 50 personaliti berkenaan. Anda juga tentu dapat memotivasikan diri dengan belajar daripada rahsia kejayaan mereka.


Antara 50 Personaliti tersebut ialah:
  1. Abdul Wahid Omar- Ikon Dunia
  2. Amber Chia- Peragawati Antarabangsa
  3. K.A.S Annurai- Kuasai Tujuh Bahasa
  4. Azalina Othman- Ahli Politik Wanita Berwawasan
  5. Azhar Mansor- Pelayar Solo Negara
  6. Azizi Ali- Perunding Kewangan
  7. Aznil Haji Nawawi- Pengacara TV Nombor Satu
  8. Bernard Chandran- Pereka Fesyen Terkemuka
  9. Erra Fazira- Ratu Filem Melayu
  10. Eric Leong- Raja Tatahias
  11. Faisal Tehrani- Pengarang Terkemuka
  12. Faiz Khaleed- Angkasawan Popular
  13. Farah Fauzana- Pengacara Popular
  14. Farid Ridzuan- Ikon Media
  15. Hishammuddin Tun Hussein- Ahli Politik Karismatik
  16. Idris Jala- Wira Mas
  17. Irfan Khairi- Jutawan Internet
  18. Irma Nurzahrah- pemidato Terbaik Dunia
  19. Jemilah Mahmood- Sukarelawan Global
  20. Jimmy Choo- Pereka Kasut Profesional
  21. Jong Chian Lai- Perngarang Berbakat Besar
  22. Karam Singh Walia- Wartawan Penyiaran Terbaik
  23. Khairy Jamaluddin- Bintang Politik Yang Menyinar
  24. Mahadzir Lokman- Pengacara Terbaik
  25. Marimuthu Nadason- Pejuang Hak Pengguna
  26. Marina Ahmad- Wanita Pertama Takluki Everest
  27. Mawi/ Asmawi Ani- Penyanyi Popular
  28. Melinda Looi- Pereka Fesyen
  29. Michelle Yeoh- Bintang Filem Kelas Dunia
  30. Mohanadas Nagaan- Pahlawan Puncak Everest
  31. Mohd Khir Toyo- Ahli Politik Dinamik
  32. Muhd Kamil Ibrahim- Ahli Akedemik Terbilang
  33. Nazir Tun Razak- Tokoh Korporat Terbilang
  34. Nicol David- Ratu Skuasy Negara
  35. Siti Nor Bahyah Mahamood- Pendakwah Agama
  36. Noraini Ahmad- Ahli Politik Muda Berwibawa
  37. Nur Amalina Che Bakri- Pelajar 17 A1`SPM
  38. Redzuawan Ismail- Chef Selebriti
  39. Rozali Ismail- Tokoh Usahawan Terkemuka
  40. Sazali Samad- Ahli Bina Badan Bertaraf Dunia
  41. Shamsul Anuar- Tokoh Belia
  42. Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir- Penakluk Kutub Dunia
  43. Syeikh Muszaphar Shukor Harun- Angkasawan Negara Pertama
  44. Siti Nurhaliza- Diva Pop Negara
  45. Sosilawati Lawiya- Jutawan Kosmetik
  46. Suhaimi Sulaiman- Pakar Strategi Media
  47. Tiara Jacquelina- Primadona Filem Melayu
  48. Tony Fernandes- Pengasas Penerbangan Tambang Murah
  49. HM Tuah Iskandar- Pakar Motivasi Terkenal
  50. Winnie Loo- Pendandan Rambut Terkemuka

Siapa kata ANDA tidak boleh menjadi seperti MEREKA suatu hari nanti?

Ingatlah "Hanya Anda Yang Mampu Mengubah Nasib Diri Anda".



Saturday, March 14, 2009

BATASAN BERSENDA GURAU...

Salam Blogger...kali ni rasa berminat je nak share dengan korang pasal gurau-gurau ni. Kadang-kadang kita biasa je berguaru dalam kehidupan seharian ni contohnya macam budak-budak umah sewa no 41 ni...bab gurau ni memang tak boleh miss la dalam kehidupan diorang. Ada je idea-idea kreatif & kritis untuk bergurau. Memang Vvvaaahhh! Kuuiiick2x!

Gurauan atau bergurau bermaksud percakapan secara bermain-main, bersenda, berjenaka, berkelakar atau berolok-olok. Antara sebab kita bergurau adalah untuk mengembirakan hati orang atau untuk membuat orang ketawa.

Sesungguhnya gurau senda itu sesuatu yang diharuskan dalam Islam kerana naluri dan fitrah manusia memerlukan hiburan untuk memperolehi kesejahteraan, ketenangan dan terlepas daripada keresahan dan ketegangan.

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menjadi ikutan kita juga pernah bergurau dan hidup bersama sahabat-sahabat Baginda dengan kehidupan fitrah yang biasa. Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam ketawa, bergurau senda dengan sahabat-sahabat Baginda sepertimana Baginda berkongsi kesedihan, kesusahan dan musibah.

Cuba kita lihat antara senda gurauan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, seperti hadits yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dalam kitab as-Syamail:

Maksudnya: Al-Hassan telah berkata: “Seorang perempuan tua telah datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu bersabda: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah supaya aku dapat masuk syurga.

Maka Rasulullah bersabda: “Wahai Ibu Fulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga.

Al-Hassan berkata (menceritakan): Lalu menangislah si perempuan tua itu.

Maka dengan segera Rasulullah bersabda: Katakan kepada perempuan itu, bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua. Lalu dibacakan firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa dara ( yang tidak pernah disentuh ), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.”

( Hadits riwayat at-Tirmidzi )

Dalam senda gurauan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang lain lagi ialah seperti yang diriwayatkan daripada ’Anas Radhiallahu ‘anhu oleh Imam at-Tirmidzi
Di dalam hadits ini Rasulullullah memanggil ‘Anas Radhiallahu ‘anhu dengan “dua telinga” bermaksud orang yang mendengar dengan bersungguh-sungguh dan memberi perhatian apa yang dicakapkan kepadanya.

Dari kisah-kisah ini dapat kita lihat bagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bergurau tetapi dalam perkara yang benar (bukan perkara yang dusta). Bahkan ia adalah disunatkan untuk menyenangkan hati orang lain.

Walaubagaimanapun Islam melarang kita daripada bergurau senda yang berlebihan atau bergurau terhadap perkara yang sia-sia kerana gurauan itu boleh membuatkan orang ketawa berlebihan dan boleh menyebabkan keras hati serta melalaikan daripada berdzikir mengingati Allah. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam berpesan
Maksudnya: “Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati”.

( Hadits riwayat at-Tirmidzi )

Jadi, walaupun bergurau senda dibolehkan oleh syara‘, namun terdapat batasan atau syarat-syarat yang harus dijaga supaya kita tidak berlebihan dalam bergurau.

Wednesday, March 11, 2009

Gambar Menarik & Pelik???

Apa khabar semua...agak lama juga tak upload sesuatu untuk dikongsi...maaf la.kadang-kadang terasa berat untuk menaip nih...malas la kan.hehe!

So ambil peluang ni untuk kaji gambar yang menarik di bawah ni...tengok betul-betul tau.

Untuk lihat dengan lebih jelas korang klik je gambar tu ok...semoga korang dapat apa yang tersirat disebalik gambar yang tersurat ni...hehe!



*berapakah ekor serigala?



*burung ke orang tua?



*wajah ketua singa



*anak serigala dalam perut?



*singa disebalik pokok kayu

Gunakan pemikiran anda secara kreatif untuk mencari jawapan kepada mesej yang dibawa oleh 5 gambar ni...semoga berjaya!

Tahniah kepada yang berjaya...mesti ada yang pening kepala mencari jawapan yang tersirat tu...huhu!So perhatikan gambar dibawah sebagai Refleksi Ketenangan untuk mengurangkan tahap pening kepala anda...haha!

Sunday, March 1, 2009

MuhaSabah DiRi (Siapa KIta??)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Aku ingin berkongsi sedikit persoalan dengan kawan-kawan semua. Kadang-kadang pernah terlintas di fikiranku apabila memikirkan siapa diri aku sebenarnya...walaupun persoalan itu nampak mudah tetapi bagi diriku ia amat sukar untuk diperjelaskan. Walaupun sudah 23 tahun aku menikmati kehidupan di dunia ini tetapi aku masih tidak mengerti siapa diri aku ini...

Siapa kita..???

Kita adalah insan ciptaan ALLAH swt.. yang dijadikan untuk beribadah kepadaNya.

Seringkali aku menyoal diri..??

Muhasabah bermula dengan soalan kepada diri sendiri......

Siapakah aku dan kita sebenarnya..??

Kita adalah apa yang kita ketahui dan apa yang kita amalkan.

Mengapa aku dilahirkan dan haruskah begini bentuknya..??

Dilahirkan untuk diuji dan dilahirkan dalam sebaik-baik kejadian.

Acapkali aku menyoal diri haruskah kita digelar manusia semata-mata kerana kita manusia..??

Gelaran ada masanya penting dan ada masanya tidak penting. Penting untuk muhasabah diri dan tak penting dari segi nilaian.

Namun bukan sedikit yang tidak bersifat manusia dalam alur liku hidup sehari-hari..??.

Adat bagi manusia yang gemar mengikut nafsu dan kita adalah sebahagian daripadanya.....

Terlontarnya ke dalam dunia yang penuh ujian ini mungkin sudah suratan azali yang tentunya telah terpahat di Loh Mahfuz tapi bagaiman kita semua mengenal diri?

Cukupkah sekadar berkata; "Kenalilah diri kita maka akan kenallah Tuhanmu." tanpa mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang!

Pastinya suratan takdir daripada tuhan yang tertulis di luh mahfudz.

Mengenal diri tidak semudah yang disangka dan ramai pula yang menyangka dirinya sudah mengenal diri dengan ilmu yang dimilikinya.

Apapun sebenarnya ianya memerlukan mujahadah yang keras dan istiqamah.

Zikir adalah makanan hariannya dan hatinya perlu terus-menerus memandang kepada tuhannya......

Tapi kenalkah kita akan diri sendiri?

Justeru ingin mengenali Tuhan Yang Maha Esa teruskan menjawab soalan-soalan ini

Tidak akan mengenal diri sendiri sebelum kita ‘mati’. Mati sebelum mati adalah acuan yang boleh menampung hakikat diri ini......

Apa makna hidup?
Hidup adalah satu sangkaan yang penuh kepura-puraan

Untuk apa hidup ini?
Hidup ini untuk mati

Apa erti hidup?
Hidup membawa erti yang berbeza pada orang yang berbeza pula

Apa yang diharapkan dari hidup ini?
Hidup diharapkan menjadi jambatan untuk ke akhirat

Apakah hidup ini ada gunanya?
Berguna sebagai aset (saham) untuk kehidupan yang kekal nanti

Apa tujuan hidup?
Firman Allah di dalam Al Quran yang mafhumnya: Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu....

Kemana selepas hidup ini?
Tentunya ke alam barzah.....

Soalan-soalan itu perlu kita jawab sendiri-sendiri bertunjangkan firman Allah SWT dan hadis Nabi SAW!

Jawab sendiri, tetapi belajar dengan orang lain (guru).

Sekadar renungan bersama dari seorang sahabat untuk sahabat...

Wallahu'alam...