Tuesday, February 24, 2009

Siapa SAHABAT???

Dalam mencari sahabat kadang-kadang kita sentiasa ditipu dengan tingkah laku seseorang. Rakan yang disangka sahabat sanggup menikam kita tatkala kepercayaan diberi manakala rakan yang disangka musuh sanggup menghulurkan bantuan. Memang dunia ni penuh dengan keunikan. Setiap insan memiliki personaliti yang berbeza. Akan berjumpakah saya dengan sahabat sejati?? Adakah ianya masih wujud di alam maya ini atau mungkin saya terlepas pandang dan tidak tahu menilai sahabat. Mungkinkah saya agak cerewet dalam memilih sahabat?? Wallahualam..

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya telah memberikan tips atau pandangan secara global mengenai sifat persahabatan, diantaranya adalah:

  1. Jika engkau berbuat baik kepadanya maka ia juga kan senantiasa melindungimu.
  2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya maka ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berusaha untuk membantu sesuai dengan kemampuannya.
  4. Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambutnya dengan baik.
  5. Jika ia memperoleh kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu.
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu (aib), maka ia akan berupaya untuk menutupinya.
  7. Jika engkau meminta suatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh.
  8. Jika engkau berdiam diri (karena malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang tengah kau hadapi.
  9. Jika bencana datang menimpamu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.
  10. Jika engkau berkata benar kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu.
  11. Jika engkau merencanakan suatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencanamu itu.
  12. Jika kalian berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih paham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan itu.

Itulah beberapa tips mengenai sifat seorang sahabat sejati yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali. Yang perlu kita pegung teguh adalah “Selamanya, sahabat sejati akan selalu membawa kita kepada hal-hal yang positif, yang dapat meningkatkan kadar keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah”.

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari (Saidina Ali)

Thursday, February 19, 2009

Wednesday, February 18, 2009

10 Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri


Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:
1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif
5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up
dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi
dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan
tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam
melaksanakan sesuatu tugas.
INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!
SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA
INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

Pemikiran Mempengaruhi Tindakan & Harga Diri Individu



Tahukah anda setiap kali kita mengatakan .".dia lebih best….dia boleh…..dia pasti berjaya…." dengan secara tidak langsung kita mengatakan pada diri kita "….saya tak best…….saya tak boleh….saya gagal". Maka kita tidak akan bergerak untuk melakukan sebarang tindakan dan pasti segalanya akan menemui jalan buntu yang berakhir dengan kegagalan dalam kehidupan. Ini adalah satu penghinaan yang dilakukan pada diri kita sendiri! Alangkah rugi dan teraniaya diri kita mangsa dari pemikiran kita sendiri.
Oleh itu sesuatu perubahan perlu dilakukan terhadap pemikiran kita. Mengikut Walter Doyle Staples:
APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA…
Anda mengubah kepercayaan anda,
Apabila anda mengubah kepercayaan anda….
Anda mengubah harapan anda,
Apabila anda mengubah harapan anda….
Anda mengubah sikap anda,
Apabila anda mengubah sikap anda….
Anda mengubah tindakan anda,
Apabila anda mengubah tindakan anda….
Anda mengubah prestasi anda,
Apabila anda mengubah prestasi anda…..
ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA !
Cuba kita renungi kata-kata di atas dan membuat refleksi terhadap setiap tindakan yang telah berlaku pada diri kita dan juga pada setiap tindakan yang akan dilakukan berdasarkan apa yang sedang difikirkan dalam minda kita sekarang. Apakah anda perlu mengubah pemikiran anda? Jawapannya terdapat di dalam fikiran anda!

Monday, February 16, 2009

SMK Kota Kuala Muda BEST


Salam semua...
kali ini aku & kawan2 seramai 10 orang pi Kedah untuk handle program Pemimpin Pencetus Kegemilangan bagi subjek pengurusan. memang teruja sbb ini kali pertama buat program khusus untuk para pelajar.jadi aku hanya fikirkan untuk buat yang terbaik sepanjang program tu.so apa yang penting???kerjasama...! yes itulah yang aku & kawan2 buat untuk menjayakan program tu.
semua orang main peranan masing2;
~ ice-breaking = laip & zubar
~ pengurusan masa = aku & zura
~ kenali diri = azie & yanie
~ motivasi diri = yee & ayu
~ ujian ips = agil & ayu
~ subconcous = yati


Alhamdulillah bagi aku program ini berjalan dengan lancar kerana semua ahli memberikan komitmen masing2.pelajar2 pun bagus kat sini.makanan pun best.hehe!.memang syok giler program ni.macam tak cukup je program 3hr 2 mlm ni.kalau 1 mggu pn boleh ni. (",)
Pengetua, Kaunselor & guru2 juga baik hati...enjoy je semasa buat program. tp kdg2 tu berdebar juga la...biasa la budak baru belajar kan...hehe!

Apapun bagi aku, program ini banyak memberi pendedahan kepada aku tentang dunia pengurusan berkaitan kaunseling...kepada adik2 SMKKKM belajar sungguh2.. semoga kita berjumpa lagi.korang memang best...SMKKKM BEST!

trip to Kanchong Darat & Putrajaya


salam semua...
tanggal 7,8 & 9 feb yg lalu seramai 11 orang jejaka hensem (agil, amat, fashan, ikmal, jeril, bak, tun, zbar, nuar, peja & aku) telah mengadakan rombongan sambil belajar serta 'makan angin' ke kanchong darat & putrajaya. tujuan ke sana juga untuk menziarahi wak lan & mama yg sekian lama tak jumpa...rindu plak.dh hampir dua tahun tak jumpa family angkat ni.hehe!akhirnya rombongan ini selamat sampai juga...dan kami makan masakan jawa puas2.lepas tu pegi pantai morib & rumah hj. sidek...sblm balik singgah kat putrajaya untuk ziarah pak lah tapi beliau tak ada plak.hehe!pi lepak2 kat alamanda sambil isi perut dengan yee mee.lepas kenyang drive balik ke TM plak.Alhamdulillah selamat sampai ke TM tepat pukul 12am...mmg letih & terus ZZZzzzZZ!

Monday, February 9, 2009

Rahsia Rambut Anda???


1) RAMBUT LURUS -
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERENTING NEGRO -
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT -
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL-
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN -
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT-
macam mana nak kate ye....kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN -
itu rambutaaannnnnnnnnn nnnnnnnn. .... Huahuahuahua

Monday, February 2, 2009

kelas blog at tmn bernam 41

mlm ni ada kelas khas utk bdk2 rumah aku...pensyarahnya Dr. Mohd Bakri.
tepat pkul 10.30pm kelas berlangsung.tp 3 org je student yg layak untuk kelas ni.hehe!aku, zubar & fashan fokus untuk mendalami blog.akhirnya tepat jam 12.20am kelas ditamatkan...thanks Dr. Bakri...gud nite!(",)